Friday, November 27, 2009

MY HOME SWEET HOME..

MAAF..tak perasan post ni tak been publish lagi..huhu..tersekat kat draft..hehe


takder kata lain nak gmbrkan betapa bestnyer dapat balik rumah!!walau balik kali ni menjanjikan kepenatan yang pasti..hehe..yerlah ,balik just utk raya..busy2 raya masa ari jumaat..then sabtu dah start nak kena packing utk balik then ahad..tapi syukur lah dapat balik dari tak rite?balik2 benda yang aku nal lepas gian is DRIVING!!wooooo..rindu tekan pedal..rindu meroyan dengan kereta,rindu melalak dalam kereta..hahhaha..tapi kali ni balik malaysia,adalah tempoh yang sangat pack!!aku pernah juga balik 3 hari jer sebelum ni,tapi takderlah pack giler macam nie..huhu..sangat penat tapi puas..

ok.ok..cakap pasal kereta..giler menjerit kejap tgk kereta aku jadi macam ni..
HAFIZ!!kata teror bawa kereta..tu lah lain kali if tak dapat lesen lagi,jgn dok mengila konon pandai budget masa nak masukkan kereta kat porch!!huhu..tembok pagar aku pun rata dia kerjakan ,..haha..tapi tak nafikan,memang masa kita awal2 dpat bawa kereta pun,kita akan accident dengan benda2 statik macam tembok..

Tuesday, November 24, 2009

AKHIRNYA!!!

geram aku..dah lebih 3 har kau tak dapat update blog(actually bukan nye aku update tiap hari kan!!haha)tapi dalam masa 3 hari 'kebelakang' ni,banyak sangat cerita nak share..tapi disebabkan cerita2 yang nak disharekan dah jadi basi..so,dah malas nak dok citer dah..hehe..

tapi citer yang aku ingat lagi is SEMINAR KANKER SERVIKS kat JOGJA INTERNATIONAL HOSPITAL..it was superb!!best giler penceramah dia..DR OVTA..jelas n terang apa yang nak dia sampaikan...best3..aku memang looking forward apa2 pasal seminar kanker serviks and payudara..maybe sebab 2 jenis kanker nie jadi pembunuh no 1 wanita kat seluruh dunia..

tapi dalam2 dengar seminar tu,tetiba jatuh juga air mata aku,teringat kat arwah nenek aku...I MISS HER..she passed away sebab cervix cancer..to arwah,,I LOVE U..insyaallah,i will do my very best as u wish..love u

Monday, November 16, 2009

2012 AWESOME PART 2

HA..meh kita sambung citer pasal 2012..so pepagi SABTU dalam pkl 9,aku,ilani n tambahan aku ajak our new junior,WAWA..g tgk 2012..sampai2 jer kat amplaz baru pukul 9.50..and amplaz buka pkl 10..ughh..ingatkan tak dpat masuk lagi..sekali bila nampak ada orang masuk guna pintu kecil,terus kitorang pun meluru masuk..disebabkan masih awal,so kitorang g lah beli BUN dulu kat BREADTALK..relax..sekali kitorang perasan sesuatu..kat tangga eskelator direct ke CINEMA masih tutup,and penuh giler orang menunggu tangga tu dibuka..arghh..kitorang dah menjerit da..ALAMAK,kalau camner abislah plan nak tgk movie pagi ni!..mulalah idea mencari TANGGA DARURAT or LIF..last2 kitorang jumpa LIF..lif takder ornag beb..hahah..tergelak2 aku n sambil cakap kat diorang “bijak kan kita,tak payah nak dok tunggu kat eskelator tu”..bila dah sampai kat FLOOR 3,aku siap bersorak2 lagi..YEAHH,KITA DAH SAMPAI,TAKDER ORANG PUN LAGI KAT SINI..tapi CINEMA tak buka lagi..why not kita tunggu kat luar tu jer..

SEKALI….teng..teng..teng…
Dalam cinema tu dah penuh dgn orang beratur walau kaunter belum buka!!!
Cheh,tu lah berlagak sangat,konon bijak n genius lah!!haha..
Beratur pun beratur lah..kalau kira kepala,rasanya masih muat lagi nak duk 1 panggung nie..

And bila,kaunter dah buka,mulalah orang start beli..ARGHH..hampir nak menjerit bila tgk sorang2 beli tiket banyak giler..ada yang sampai beli dia buka jer lipatan tiket dia,boleh cecah lantai beb!ARGHH,banyaknyer rintangan..last2 kitorang sepakat ready untuk 2nd tayangan..melepak lah aku kat AMPLAZ hari ni..tapi PLAN tadi tak jadi bila sampai kat turn kitorang nak beli tiket..teater untuk 2012 pkl 10.30pagi masih kosong..and we manage nak beli seat yang kat atas2..rupanya ramai yang datang beli tiket untuk petang..

Memang tak penuh pun panggung ni..tapi lepas 2 jam setengah nonton,aku perasan tiket utk 1 hari habis dijual and ada note baru!(TIKET 2012 UNTUK TAYANGAN BESOK JAM 10.30 BISA DIBELI HARI NI)ahhah..gelak2 aku baca..tu lah ari jumaat kelmarin jual mahal ngan aku..last2 rugi kau tayangan pagi takder orang nak tgk sebab taknak amik risk,datang pagi2 tapi tiket dah habis!..

Yang menariknya...

1. Kesan khas (CGI) bagi babak gempa bumi, letupan gunung berapi dan tsunami sungguh mempesonakan.

2. Presiden AS yang dilakonkan oleh Danny Glover mengingatkan kita kepada presiden kulit hitam, Barack Obama. Agak jarang Presiden AS terbunuh dalam filem malapetaka, sebaliknya ia terjadi dalam 2012. White House kononnya turut dihempap kapal perang kebanggaan mereka, USS John F Kennedy.

3. Permulaan cerita ini menunjukkan pancaran solar matahari telah melampau. Ia tambah menarik apabila lokasi permulaan bermula di India dan seterusnya ke negara lain. Perkara ini telah pun diperdebatkan ketika filem ini sedang dibikin tidak lama lalu dan Roland sendiri tidak mahu mengambil risiko filem ini diharamkan di negara muslim.


Yang keterlaluan...

1. Gelombang tsunami pada sesetengah tempat seperti Pergunungan Himalaya sangat 'bersih' padahal sudah banyak kota dan jutaan manusia disapu ombak besar itu sebelum sampai ke situ.

2. Aksi hero (John Cusack) yang memandu limosin bagi menyelamatkan keluarganya ketika gempa bumi melanda Los Angeles, sangatlah over. Nampak seperti mereka sahaja yang terselamat menyelinap di celahan bandaraya yang sedang punah ranah itu!

3. Siaran ulangan babak 'ucapan semangat bersatu-padu demi keamanan sejagat' seperti mana dalam Independence Day berlaku lagi ketika saat-saat cemas dalam filem ini.

4. Walaupun muka bumi sudah musnah, telefon bimbit semuanya masih boleh berfungsi! Hebat sungguh jenama telefon dan syarikat telco terbabit!

OKLAH BEB,akhirnya aku dah berjaya tgk 2012..and bermulalah mode study kembali!!yeehha…discussion,presentation,lab.kuliah!huh,,student life..biasalah!!

2012 AWESOME

Ok nak jadikan cerita,ari jumaat ari tu aku g AMPLAZ,konon nak shooping pen kat GRAMEDIA..(tujuan beli pen jer,tapi nak g jauh2,ishh.alasan sungguh)..yerlah tetiba kuliah ari tu terpaksa dibatalkan gara projector gilor meroyan,tetiba plak tak boleh takder colour,so IBU RINA pun terpaksa membatalkan kelas selepas hampir lebih setengah jam coba fix the situation..so,apa lagi kitorang pun melarikan diri ke AMPLAZ lah,ikut kata ilani,dia nak g GALERIA jer,tapi aku taknak sb galleria takder transport bas terus ker lembah UGM..(sedang melakukan mode penjimatan budget..huhu)..so dalam pukul 11,sampailah kami kat AMPLAZ..so bermulalah mode shooping di GRAMEDIA..tapi yang kelakarnya,tujuan terarah kat GRAMEDIA..tapi lebih 3 kali kami tersasar..

  1. ke CENTRO
  2. ke CARREFOUR
  3. ke STUDIO ONE..

lepas dah abis menggila kat GRAMEDIA, kitorang pun terus nak g solat kat mussolah atas..and lalulah kat depan CINEMA THEATER..tetiba aku baru terinat movie 2012 dah keluar…apa lagi..terus kitorang nak beli tiket..kononnya lepas sembahyang boleh g tgk walaupun padahal pukul 1 kami masih ada kuliah HISTOLOGI(maaf,dosen,kami bolos..hehe)sekali tertulis…MAAF,TIKET 2012 SUDAH HABIS UNTUK HARI INI!!!..

uhh..sedihnya..so,berlalu lah kami g solat dgn sedih..tetiba lepas dah abis solat,ILANI tetiba kata WHY NOT KITA BELI TIKET UNTUK BESOK..wah,idea giler nie…datang balik amplaz lagi besok ni..bila nak belajar nie..aku pun setuju dgn idea ILANI tapi dengan bersyarat..kena beli tiket lepas zohor..sebab selalunya lepas zohor kita tidor,so apa kata masa tu kita g tgk wayang..SET…tapi hampa lagi bila RULES dah nyatakan tak leh beli tiket untuk besok ..ARGHH…NGENG LAH!!

Tapi takper,kerana semangat masih membara,kami tekad nak datang esok pagi2..early in the morning utk pastikan kami dapat tiket 2012…

Sambungan nya..jap lagi eh..hehe…Nature call..

Friday, November 13, 2009

otak kelemasan.....

arghh..tak tahu kenapa..aku rasa lemas sangat minggu nie..tension n ntah lah apa rasanya lagi..rasa oren kot..huhu..rabu lepas kitorang dah start imuno lab,and bermulalah penjagaan Mencit2,aduyai...kenapa mencit2 kali ni ganas ya rabbi..siyes beb GANAS..boleh plak diorang nak gadoh sesama sendri..lepas tu payah nak mampos aku nak amik darah dari mata dia..giler melawan..yang aku tak suka tu,bila dia melawan,aku tend untuk pegang dia lagi kuat..maka akan berlaku lah kelemasan,seperti kematian..1 ekor mencit telah tewas di tangan ku..maaf,sapa suruh ko degil sangat...

sebab kan spend 1 H kat mencit tu,aku dah tahap tension dah..kesabaran ku diuji oleh 3 ekor tikus..nasib baik OJIK tolong keluarkan darah dari mata dia,kalau nak suruh aku buat juga,samader tikus tu mati atau mata dia buta aku kerjakan..haha..yerlah,dah hilang sabar aku jap..huh..

so,lepas lab tu aku ajak ilani g lepas tension main bowling atau arcade kat saphir..last2 oya,effa n naemah nak ikut gak..so jalan lah apa lagi..

aku oya n ilani main 2 frame..naemah sempat main 1 frame jer sebab tak dpat terima kenyataan kot,kalah ngan aku...
hahaha..
gilerlah 2 nd frame ilani menganas dan score dia hit 103,tak pernah dibuatnya..kalau main bowling ngan dia pun markah paling kaw tak silap aku 74 kot..ni lah namanya lepas tension..go lani!!hehe..

malang trip

aCtually dah 1 minggu dah berlalu dah.aku g MALANG jumaat lepas n balik sini balik isnin pagi jam 1pagi.ada KARNIVAL SUKAN DAN MALAM KEBUDAYAAN yang dianjurkan oleh KELAB UMNO MALANG,disertai oleh KELAB UMNO LUAR NEGARA(KULN) SURABAYA n KULN JOGJA!!.a wonderfull experience tapi if ikut betul kata hati,saya kurang sikit merasa keseronokan nya..mungkin geng tak cukup or mugkin saya memang dah mula rasa berat hati masa nak bertolak g Malang(tak tahu kenapa,maybe sebab banyak sangat kerja kot) or mungkin sb masa yang amat singkat kat sana PLUS..saya nak main BADMINTON!!!!!!!!!!!!!!!!!!oh kami dianaktirikan ker?ngehhhhhhh..tak baik fakir bukan2…

ok kami bertolak dari JOGJA jam 8 pm..actually janji jam 6.40..tapi disebabkan Isyak masuk jam 6,40pm gak n kononya bas paling lambat bertolak pukul 7,jadi aku dah niat nak buat jahat..tak kira lah apa yg berlaku,aku akan gerak lepas solat..so,kami(aku n ilani) pun solat sesegera yang mungkin lepas dah masuk waktu(kami bukan solat kilat k)taxi pun dah di call rite b4 aku start solat…tengggggg..last2 kami juga lah diantara yang datang awal..ngehh,janji melayu memang camnie kan..saya melayu tapi janji saya janji JEPANG..tepat”(konon)…

we all(pharmacy team)choose nak naik bus yang last but end up driver bus yang kitorang nie head driver so walau dia parking paling belakang,kitorang jadi 1st bus yang bertolak..yeahh..LETS GO…

tapi…….


*bus ni panas yer!!boleh tak bapak nie main on off AC sebab nak bagi bus dia lebih power masa memotong..tapi memang best giler(best ker)masa tgk how bapak nie memotong lori n other vehicles..owhh,gugur jantung tapi kami bersorak dalam bus!!ehheh..GO BAPAK GO..MANTAP!!hehe..dah terdengar lah bunyi.OUUU..AHHHH..YEHHH..haha..sengal!!

*alamak,kaki aku yang panjang atau bus ni punyer space kaki yang kecik..sakit kaki aku..nasib baik aku duduk ngan ilani..so,sukati aku lah nak gerak kiri gerak kanan..



@@@@we all berjaya sampai kat MALANG dalam 5.30am..

And for those yang masuk volley and futsal,kena bersiap by 6.30am and yang lain bersiap by 7.30am untuk bagi sokongan..baik en HAFIZ..kami menurut perintahh..

-masuk bilik,saya terus menarik bantal dan tidor..ilani dah ready nak mandi,MAY pun dah angkat tgn amik turn mandi 2nd..saya??TIDOR!!...wah,nikmatnya boleh luruskan kaki masa tidor..hehe..


Lepas badan dah segar bermulalah sesi menyokong team FUTSAL n VOLLEY jogja..ahha..sampai referee tutup telinga dengar kitorang jerit bila JOGJA guys dapat gol..hehe..and tetiba lepas berakhir game tu kami beralih ke team seterusnya..TEAM B..sekali brooch si asma jatuh kat dalam court futsal..puaslah nak dok amik,last2 entah camner,aku berjaya amik dgn mudahnya..walauu..pada awalnya berhempas pulas sampai jariku sakit!!


Lepas sokong team FUTSAL kami sokong team Volley….and last sekali team BADMIMTON..tapi sebelum sampai kat court badminton..kami dibawa dengan BAS yang dilengkapi fasilitas SAUNA..uh…berpeluh2 segalanya ..tisu pun tak cukup untuk lap apa yg patut..weeee…tapi actually nasib baik saya ada kipas letrik saya,kurang lah sikit…

Tapi bila sampai ke Court Badminton..i don’t know why,rasa macam takder mood nak tgk game..dok ajak ilani g lepak shoping cuci mata..tapi nampaknya dia pun dah penat nak buat aksi adventure cari taxi..plus malas nak jalan,sebab panas!!atleast panas kat MALANG nie kureng lah sikit dari kat Jogja..last2 lepas budak futsal dah balik n start datang sokong Badminton..keadaan jadi haru biru sikit sebab team SURABAYA start buat havoc..aku tak tahu lah,tapi havoc dia giler semacam..aku tgk game World Championship Badminton kat stadium pun tak lah harok macam nie!..tetiba terpikir jap adakah mereka nie semua bakal doctor??meh jap nak amik gmbr sorang2 yang aku aim..so nanti tak lah tersangkut kena treat dgn mereka plak..(jahatnya aku)..

Last2 apa yang kami buat is makan!!makan BAKSO DAMAS kat depan court…..SEDAP..macam steamboat!!steambot Indo..HEHE..


@@@malam nie,kitorang ada dinner dgn Dr Junaidy..nothing to say..eh adalah!i hate emcee dia.yang laki!eh…percakapannya terlalu “pidato”…saya tak suka!!plus ilani tak dpat makan..tapi saya dah agak dah sebab tu saya dah siap amik makanan lebih untuk dikongsi bersama..baik kan saya??ehhe..and seperti biasa my no is not THE LUCKY NO..tak dpat pun..alah,tak heran pun..hadiah tak best..POP MIE, BISKUT, COKE..and etc..hadiah yang sekadar utk meriahkan majlis..n nak kata heran kat hadiah utama pun tak juga..sebab tiket untuk balik raya haji nie telah di book……hehehhehe…


@@@ahad pagi..kami bertolak dari hostel menuju ke KB Batu,just untuk jalan2 Malang..wow, cantik giler kebun bunga nya saya tergoda,..owh alangkah indahnya if ada SLR,..mama,nak camera!!tapi actually tujuan utama ke malang adalah untuk ke LADANG APPLE..kitorang ingatkan Ldang tu ada kat dalam kawasan taman nie..sekali ruapanya kat luar lah..so,ATIRAH membuat perjanjian dgn EN PANITIA(mr hafiz) utk buat trip ke lading apple..yeahhh…perjanjian berjaya…APPLE kami datang!!

bestnyer!!dpat tgk ladang apple..n dpat petik apple sendiri and terus makan..FRESH…tetiba teringat kat HAWA,,dia pernah joke kat aku,masa tu aku giler blur n percaya yang apple yang alia bawa tu is dari pokok Apple yang dia petik dari belakang rumah alia..BLUR giler masa tu,,tapi gembiranya bila akhirnya dapat tgk pokok apple..and aku dah berjaya tag hawa kat gambr aku bersama apple ku…yeah!!akhirnya lepas dah penat makan apple kat Ladang dia,kitorang berebut2 mencari Jenis2 apple yang kitorang nak petik utk bawa balik..apple yang jadi fav is ANA n MALAAGI..takder orang ker nak bawa balik yang jenis ROM?tapi aku bawa balik ANA,MALAAGI n BEAUTY(masam pun masam lah,saya nak cantik)haha..

@ok..time to go back!!and bermulalah perjalanan balik ke JOGJA semula..bye MALANG!!


teruja melihat pokok apple di depan mata!!



##gambar tak diupload lagi kat page Flickr ku..tak cukup masa..insyaallah will upload dlm masa terdekat..gmbr kat facebook pun member2 lain tag..saya tak pakai camera sendiri sangat..sb amat malas bila dikelilingi oleh mamarazi-mamarazi..hehe

Thursday, November 5, 2009

mama,I LOVE U..

tadi dpat webcam ngan mama..arghhh best nyer..and sedihnya bila akhirnya dpat tgk mama tak leh jalan n memegang tongkatnya..YA ALLAH kau kuatkanlah hati hambamu ini untuk menerima dugaan yang diberi..mama mengadu katanya sedih sangat bila tak boleh gerak bebas n lutut tak boleh lipat 90 degree..solat pun kena solat duduk..tapi yang lagi menyedihkan,bila DOC said maybe she will need another major op sebab rawan dia totally botak..and GO-on INJECTION yang dia amik beribu2 last few month membazir begitu sahaja sb that injection sebabkan rawan dia makan teruk sebab blok serpihan2 tulang kat area rawan...and why tendon dia koyak,sb serpihan2 rawan tu yang buat..arghh,jauhnyer aku untuk menerima keadaan nie..Doc said dia tak pernah tgk kes macam nie..and he keep wondering why rawan lutut mak aku botak even dia belum 50 lagi..dia baru 44..i keep searching pasal benda nie..n sebab kes ni kira macam kes terpencil,aku bagi kat SHAZ utk review juga..katanya dia nak buat tajuk thesis dia..buatlah SHAZ..apa2 aja..asal,kau share dgn aku sudah..

mama,walau i jauh,i always pray that apa yg mama hadapi sekarang hanya lah untuk sementara..i miss u!!

want to share something...

tetiba tadi masa tgh ak search for my flickr..tetiba rasa cam nak search jer LADYGENTO kat google..nak tgk juga berapa ramai orang yang dok pakai nick name sama..sekali tgk2 web aku jer yang penuh..dari flickr,frenster,myspace,facebook sampai yang terakhir aku jumpa link ker blog lama aku kat frenster..i love it..sebab aku lupa link nie..aku tak reti nak cari balik..last2 jumpa balik..and seronoknya membaca post2 yang terdahulu..i miss myself..hehhe..nak baca post2 terdahulu..just click kat my friendster blog..http://waniee-86.blog.friendster.com/..memang dulu suka sangat dgn nama SOFA EMPUK BEST..i miss this blog..tapi last2 kena stop sebab masa tu fs tgh ngeng sesangat..apa2 pun i miss my own post..