HA..meh kita sambung citer pasal 2012..so pepagi SABTU dalam pkl 9,aku,ilani n tambahan aku ajak our new junior,WAWA..g tgk 2012..sampai2 jer kat amplaz baru pukul 9.50..and amplaz buka pkl 10..ughh..ingatkan tak dpat masuk lagi..sekali bila nampak ada orang masuk guna pintu kecil,terus kitorang pun meluru masuk..disebabkan masih awal,so kitorang g lah beli BUN dulu kat BREADTALK..relax..sekali kitorang perasan sesuatu..kat tangga eskelator direct ke CINEMA masih tutup,and penuh giler orang menunggu tangga tu dibuka..arghh..kitorang dah menjerit da..ALAMAK,kalau camner abislah plan nak tgk movie pagi ni!..mulalah idea mencari TANGGA DARURAT or LIF..last2 kitorang jumpa LIF..lif takder ornag beb..hahah..tergelak2 aku n sambil cakap kat diorang “bijak kan kita,tak payah nak dok tunggu kat eskelator tu”..bila dah sampai kat FLOOR 3,aku siap bersorak2 lagi..YEAHH,KITA DAH SAMPAI,TAKDER ORANG PUN LAGI KAT SINI..tapi CINEMA tak buka lagi..why not kita tunggu kat luar tu jer..
SEKALI….teng..teng..teng…
Dalam cinema tu dah penuh dgn orang beratur walau kaunter belum buka!!!
Cheh,tu lah berlagak sangat,konon bijak n genius lah!!haha..
Beratur pun beratur lah..kalau kira kepala,rasanya masih muat lagi nak duk 1 panggung nie..
And bila,kaunter dah buka,mulalah orang start beli..ARGHH..hampir nak menjerit bila tgk sorang2 beli tiket banyak giler..ada yang sampai beli dia buka jer lipatan tiket dia,boleh cecah lantai beb!ARGHH,banyaknyer rintangan..last2 kitorang sepakat ready untuk 2nd tayangan..melepak lah aku kat AMPLAZ hari ni..tapi PLAN tadi tak jadi bila sampai kat turn kitorang nak beli tiket..teater untuk 2012 pkl 10.30pagi masih kosong..and we manage nak beli seat yang kat atas2..rupanya ramai yang datang beli tiket untuk petang..
Memang tak penuh pun panggung ni..tapi lepas 2 jam setengah nonton,aku perasan tiket utk 1 hari habis dijual and ada note baru!(TIKET 2012 UNTUK TAYANGAN BESOK JAM 10.30 BISA DIBELI HARI NI)ahhah..gelak2 aku baca..tu lah ari jumaat kelmarin jual mahal ngan aku..last2 rugi kau tayangan pagi takder orang nak tgk sebab taknak amik risk,datang pagi2 tapi tiket dah habis!..
Yang menariknya...
1. Kesan khas (CGI) bagi babak gempa bumi, letupan gunung berapi dan tsunami sungguh mempesonakan.
2. Presiden AS yang dilakonkan oleh Danny Glover mengingatkan kita kepada presiden kulit hitam, Barack Obama. Agak jarang Presiden AS terbunuh dalam filem malapetaka, sebaliknya ia terjadi dalam 2012. White House kononnya turut dihempap kapal perang kebanggaan mereka, USS John F Kennedy.
3. Permulaan cerita ini menunjukkan pancaran solar matahari telah melampau. Ia tambah menarik apabila lokasi permulaan bermula di India dan seterusnya ke negara lain. Perkara ini telah pun diperdebatkan ketika filem ini sedang dibikin tidak lama lalu dan Roland sendiri tidak mahu mengambil risiko filem ini diharamkan di negara muslim.
Yang keterlaluan...
1. Gelombang tsunami pada sesetengah tempat seperti Pergunungan Himalaya sangat 'bersih' padahal sudah banyak kota dan jutaan manusia disapu ombak besar itu sebelum sampai ke situ.
2. Aksi hero (John Cusack) yang memandu limosin bagi menyelamatkan keluarganya ketika gempa bumi melanda Los Angeles, sangatlah over. Nampak seperti mereka sahaja yang terselamat menyelinap di celahan bandaraya yang sedang punah ranah itu!
3. Siaran ulangan babak 'ucapan semangat bersatu-padu demi keamanan sejagat' seperti mana dalam Independence Day berlaku lagi ketika saat-saat cemas dalam filem ini.
4. Walaupun muka bumi sudah musnah, telefon bimbit semuanya masih boleh berfungsi! Hebat sungguh jenama telefon dan syarikat telco terbabit!
OKLAH BEB,akhirnya aku dah berjaya tgk 2012..and bermulalah mode study kembali!!yeehha…discussion,presentation,lab.kuliah!huh,,student life..biasalah!!
No comments:
Post a Comment