Friday, January 1, 2010

teknologi oh teknologi


betul,kita memang rajin tweet,facebook,text message rakan-rakan lama kita lebih dari usaha kita ingin berjumpa dengan dia secara face to face and kita lebih ‘peramah’ di alam maya berbanding dengan di alam yata..am I right?kebanyakan daripada kita takut and segan bila nak bercakap depan2 tapi bila kat dalam msg,facebook,twitter and friendster masing2 galak bercakap.. Ni aku baca artikel ni kat yahoo ari tu..best..satu persatu statement dia kena kat batang hidung sendiri..adoi..apa kata korang pulak??

15 TANDA TEKNOLOGI MUSNAHKAN PERIBADI KITA.

  1. kali terakhir bercakap dengan mak ialah melalui telefon walaupun jarak rumah anda tak lah jauh mana pun.
  2. kita lebih teruja dgn gadget terbaru lebih dari kanak2 teruja nak g DISNEYLAND.
  3. dari kita keluar g shooping atau cuci mata,kita lebih suka duduk di rumah,main game or facebooking
  4. pagi cepat bertukar malam dan kita tak sedar sb kita sibuk main game..MAFIA WARS,FARMVILLE n etc
  5. anda mengedik lebih kat facebook tapi sebenarnya anda seorang pendiam di luar
  6. anda msg teman anda atau family member anda walaupun kamu dua2 ada kat rumah atau hanya dipisahkan oleh tingkat atas dan bawah jer
  7. anda ada banyak email account dan anda check tiap hari..(opss..ni kena tepat..tapi aku ada 3 account utk bezakan blog2 aku n personal.1 for personal life.1 for my blog yang ada 3 .1 utk facebook,twitter,friendster.(last account nie tak pernah buka dah sb penuh ngan spam and notification..hehe)
  8. anda tak berganjak dari TV,sb ada cerita best dan anda tak kisah kalau miss,sb anda boleh tgk online!
  9. applikasi baru utk hp pasti ada dalam hp anda
  10. ayat2 romantik hanya terkeluar kat alam maya bukan kat reality(hampeh)

Thursday, December 31, 2009

my reso

2010..insyaallah dengan izinnya camera ini akan menjadi milikku..amin~~
biar aku terpaksa ikat perut..no more pijat,no more hair spa,no more facial..semua tu harus dimatikan agar usaha mengumpul duit berjalan dengan lancar..insyaallah..

kadang terpikir kenapa dan macamane aku boleh terlalu bersungguh2..and i hope ini bukan hanya sekadar taik2 ayam..insyaallah..i get inspired by SANG PEMIMPI.(lihat trailer)..bermimpilah dan kejarlah mimpi itu!YA ALLAH,kau bantu lah hambamu ini..dan aku akan berusaha sedayanya..janjiku,insyaallah paling lambat camera itu akan jadi milikku sebelum RAYA..bolehker??insyaallah!!amin~~

camera ni tak lah mahal mana pun..kalau yg mahal2 tak mampu lah aku nak capai tahun ni..

2010

Esok akan bermula lah kalender baru..akan bertukarlah kalender didalam kamar ku ke angka baru 2010..dan bertukarlah agenda seluruhnya..apa yang diperolehi pada 2009..permulaan seseuatu yang amat berharga yang insyaallah akan berakhir dengan jaya nya..insyaallah..pada saat entry nie dimulakan,air mata bertakung dalam kelopak mata ni..memikirkan sudah hampir 1 tahun berlalu..dan aku berjaya memijak ke tanah perantauan ini walau hampir saja aku melupakan niat untuk sambung belajar gara2 masalah yang tak terelak kan..syukur kepada YANG MAHA ESA..dgn berkat izinnya dan berkat doa restu dan usaha orang tua ku,aku berjaya sampai ke sini. Terima kasih atas restu dan izin mu YA ALLAH..

Kalau pada 2009,aku mengecewakan mereka dengan result ku yang cukup2 makan dengan alas an berlainan culture sperti cara mereka mengajar,cara hidup disana,home sick n exam yang mengelirukan.. moga 2010 membawa perkara yang baru..ujian akhir sem 5 pun berlaku pada awal tahun 2010..dan moga2 ia permulaan yang baik..INSYAALLAH..

Thursday, December 17, 2009

pening??!!




aku jumpa article nie ari tu..2 3 kali aku baca..haha..korang pening tak memahamkan??

lalalallalal--lallala

lama tak update..malas nak update..haha..ikut etul berlambak post minta diupload,tapi gara2 malas,semua tak jadi..blog satu lagi pun sepi tanpa update..maaf..ingatkan masa kena insomnia ari tu,rajin lah sikit dok update tapi cam haram..hahhaa...tapi sebenarnya seksa giler badan masa kena insomnia ari tu..4 hari tak tido..tak tido..if dapat tido pun petang itupun dalam 2 jam tu,asyik terjaga2..efek dia macam minum kopi..u feel sleepy but u cant sleep..arhhh..cam bengong.,..tapi elok dari insomnia tu,mula plak perangai malas dia,and perangai asyik tido jer..aduhai..apa nak jadi nie..sesungguhnya bila DIA menarik sesutu nikmat itu dari kita,ada hikmah yang tersembunyi dibaliknya...

ok,last wednesday is my last praktikum for imuno.abeslah riwayat tension dgn tikus2 yang amat pandai dan nakal!aghrhh nyampah but tend to miss it..heheh..balik dari tu,kitorang semua terus lepak kat rempah asia(aku,ilani,effa,naemah,syari,ojik,denta and ucix)haha,penat juga si denta and ucix nak memilih menu..akhirnya diorang pilih mee kari n bihun sup..buat ojik n syari,aku pilihkan nasi lemak n mee hailam..masa makan n borak2,kitorang dihidangkan dgn desert JAMBU AIR..haah..petik sendiri kat pokok sebelah rempah asia tu..hehe..

nak jadikan cerita balik dari rempah asia,ilani,naemah and effa dah dok jalan keluar dulu meninggalkan aku yg masih sibuk chit chat pasal 'pacar baru'..haha..tetiba tgh jalan,ada sorang budak ni dok sibuk jalan seiring dgn aku,aku jalan laju dia jalan laju..aku jalan pelahan dia jalan pelahan..so aku pandang dia,konon nak cari gadoh lah..haha..dia senyum..arghh cair..(dgn budak2 pun nak gadoh ka)last2 aku tanya dia nak g mana..terus mak dia sapa and minta tolong aku lintaskan anak dia..so,dgn epbuh rasa baik hati,aku pun terus pinpim tgn dia(dlm hati,giler cuak do,yerlah sedangkan kadang2 lintas kat jakal,aku dok harap ilani,ni plak nak lintaskan budak kecik)tapi dgn rasa penuh macho n berkaliber aku gagahkan diri..dan menahan diri dari menjerit..kontrol2..ahah..akhirnya berjaya jugak kau lintaskan budak tu tanpa kesan calar!hahahh,..

moral of the story...machokan diri anda jika nak lintas..haha